Friday, December 2, 2011

This course save my life~ =D

Hari ni ada kelas Dr Spahic Omer.Lecturer feveret dan subjek feveret; Ethics & Fiqh for Everyday Life.Subject yang pada aku satu-satunya yang buat aku berfikir luar galaksi.Walaupun tajuk course dia ala-ala-->Mari Belajar ABC, Mari Mewarna,etc kalau nak letak masa zaman tadika dulu.Benda basic.Basic sangat sampai kita lupa.

Hari ni belajar tajuk--->Plastic Surgery (sebenarnya..ulang topic last class..) Tapi yang nak kata kat sini, about Islamic vs Western Perseption of Beauty[Visions of life,Clash of Worldview]

He did mention something yang aku terus jotted down.Catchy dan sangat-sangat berkait dengan keadaan semasa aku sekarang.

*beautiful is a real/genuine thing.Beautiful is not fictional/evil thing.
*beautiful is a thing that LASTS as such.Beautiful is not a thing that perishes.
*Islam wants its followers to live real/genuinely happy and beautiful lives.It is foolish to live fictious/imaginary lives and lives based only on memories/nostalgia.Only FOOLS live for the past.

Intan,only fools live for the past...  (~___~")

Intan memang bermasalah.Bermasalah in letting go.apaperjela jenis 'letting go' yang ada dalam dunia ni selagi mana ianya jatuh dalam ruang lingkup kategori kata; once brings meaning in my life.

Baik pensil shaker 5 kaler aku kumpul. Baik sneakers. Baik beg. Baik gamba-gamba. Mahupun kertas-kertas,kad-kad dedications,wishes goodluck,happy birthday such..even pembalut coklat cadbury org bagi pun..Ada 1 kotak paper A3 size penuh dengan koleksi kertas,memo,kad dan surat-surat(pehh..kantoi sengal disitu~)

Biarlah..5tahun,8tahun..even 10 tahun..tetap kat situ,takkan buang. Tak nak la guna 'sentimental' value, tapi its the only prove that those memories,those happiness,those pains..are once actually real.Bukan cuma tayangan bisu dok ulang-ulang depan mata. Bukannya konon ter-drag dengan buku-buku yang dibaca.Bukan fictional things my mind make it up.

Seksa sebenarnya bila kepala dah rupa 'arkib negara'..payah beb~ Aku mampu ingat apa orang cakap dengan aku even makan bertahun..antara benda yang dicakap adalah something that very important or...the person saying those things are really important.

A friend of mine did mentioned that,yang orang Mekah will never ever made the Hijrah if they are too attached to worldly thing they have in Mekah.TRUE.Wise enough.

How I can be better 'me' if I keep 'missing' the old 'me'? How can I improve myself if I keep comparing to the 'me' I was? Wise enough..touche~

"Wanita itu ujian utama bagi lelaki. Dan hati itu ujian utama bagi wanita". Dila cakap.Betul.Masalah hati bukan masalah mudah.Mudahlah kot kalau bagi lelaki.

Dan bagi aku yang for the whole life 'stuck' in the middle of man, aku sedar aku ade ter'twist' sikit.Yes, as a women tears is actually their manifestation of their courage.Because they have stand strong for too long. Ape kes pulak kalau yang bermasalah dengan kelenjar air mata? I didn't raised up to manipulate my tear glands.I just don't know how. Betul lah kot kuiz personaliti aku jawab kat FB tu, CHOLERIC~ I channeled my emotions thru anger. Dah tu je yang aku tau.Sedih ke,frust ke,stress ke..Yes,aku tau macam mane nak gelak,ok..jangan tanya soalan tu.

Tu mungkin salah satu sebab knape aku tak reti nak cakap apa2 yang ada dalam minda separa sedar aku.

Amie kata-->kau memang ada kepakaran untuk ignore what's been troublimg your mind.Sebab tu lah kau selalu nampak macam takde masalah.Then bila dah sampai limit,kau 'meledak'.orang akan namapak macam,'tiba-tiba'..tapi aku tau la brapa lama masuk 'tank' baru boleh capai takat didih tu..
Kak Masyitah kata-->kamu ni denial..kamu react,buat gaya macam tak amik tau,tak peduli pun,tak nak pun amik port..tapi sebenarnya kamu kisah,kamu concern..Nak tau kamu berminat ke tak,kamu akan tanya banyak soalan dengan style provoke,macamlah topik tu topik hampagas..

Everytime.EVERYTIME orang komen benda-benda macam tu,serius telinga berbulu..Hodoh gile perangailah,Intan! Dah aku nak buat mcm mane? Ce cite...ce cite.. AM I THAT BAD?

Dah malas nak pikir..=P

now listening to--->this song save my live  by SP

Sunday, November 27, 2011

What's wrong for being no 2?

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta


Somehow,somewhat this song ada dalam my iTunes playlist..macam mana ada dalam tu,kena tanya cik Amirah Farhana,deskmate dok sebelah dalam studio ni haa~

Denga lagu ni,macam kene tempeleng..=P
 
But there's something to point out, o the lyrics by meaning..
 
"...Tuhan berikanlah aku cinta..Aku juga berhak bahagia..."
 
dear Ayushita..we don't usually telling God what He suppose to do,ok..He's planned it well.It us that know nothing..tok soh eh dok ngeluh huu haah huuuh haaahh..(??!!)
 
Best things always happen to those who with patience.

"...Namun ada saja cobaan hidup..Seakan aku hina.."
 
Ayushita..what's wrong for being tested? what's wrong for ceramic pot to be burn in fire with high temperature and for a long time?

Do you know who people grading ceramics? the one which can withstand free fall is the highest grade and the most expensive.

How to make one? by burn it in furnace in 6000 degree Fahrenheit for 20 hours. =)
 
Semua orang dok huru hara mengejar tahta..nak jadi yang pertama, yang ter..yang paling..tak da masalah,Islam pun galakkan kita jadi yang terbaik dalam apa-apa je yg kita buat..masalah tu datang bila jadi no 1 je yang jadi fokus sampai kita lupa yang PERTAMA dalam diri setiap insan seharusnya: TUHAN.
 
Once I ask Kak Hana',what is the first thing she do when she's decide on settle down and get married? She said, "I change my iTunes playlist.." Senyap seminit.Tak faham.

"You must not want your future child to listen to PAZ first before His word right?"
What wrong with that? I've grown up with all those stuff and make it well.I dont think that extras burden thinking about all these particulars..at least in my own book of definition..
 
She's smile."You've grown up big and strong.But somehow,you need someone.Everybody need someone.You shouldn't be afraid."  I neither agreed or opposing her statement.I've no concrete view about that.
 
 
 
 
 
 
 
and dila have said what she's said.i do understand,trying to practise it~
 
p/s: i have an online store now! not much,just some cool stuff that i love it so much and want to share with you too~ do visit here--> SeekerzStorez

Thursday, November 24, 2011

Choleric???!!


Orang kata: Intan,kau kena kenal diri sendiri baru boleh tolong diri sendiri.

maka aku pun kenal diri sendiri dengan...kuiz personaliti..LAME~ HAHA~

‎"you do not readily reveal deep emotions except anger."

Panjang aku fikir. kawan kata,"kau ni garang tapi tak nak mengaku!"

GILA..mane ada orang mengaku dia garang derr??!
garang kalau ada sebab..ya.sangat.tegas tu selalu.tapi xde la aku rasa 24jam orang takut kalu x, yang kau dok gelak time aku buat lawak tu knapekah?

ok cukup..sambung buat drawing..esok final crit!!

Friday, November 18, 2011

6 bulan 'educational trip' dari Tuhan

Dear you, there's a time when I felt like missing the life that I've lived before.Sometimes, the 'dark' side of me emerge and play the memories that I missed the most. You, if  you can hear, I miss the old me.Like I've been drag back to those years that I live my life to the fullest. Even that the time you used to tagged it as; Jahiliyyah time.

ME; now feel empty.KEYWORD: again. There's something  missing. The factor that attached me to this path is no longer there. Try to find, but how could I if I didn't sure what it is. I miss the day when I first understand about my deen. Miss the days when I high-spiritly revise every pages of the mushaf, try to figure out what God is telling me. Miss the eagerness of seeking the truth. Seeking what is this deen is all about.

You,I'm lost;AGAIN. Dragmeback please? Ya Allah~ Guide me back. I need friend to accompany me, remind me when I'm forgot. Hold my hand together towards Jannah. I've lost for quite period of time. Don't let this heart die;AGAIN. Pain.Then pain I feel inside,is just unbearable. SoS. Seriously serious as heart attack.

Penat.penant sangat bila nak puaskan hati yang bertanya. Perlu ke? Perlu ke nak cerita, dibuat hikayat, siapa aku? Apa aku buat,dulu..sekarang? Kamu boleh pilih yang baik. yang terbaik,sebenarnya yang dah tentu-tentulah bukan aku.
Tapi jangan sampai lupa.Tiada yang terlalu sempurna hingga tiada masa lampau.Tiada juga yang terlalu berdosa hingga tak lyak bermasa depan. Aku adalah aku yang bangkit dari siri-siri kejatuhan masa lalu. Yes, I'm severely damaged.But that doesn't mean I'll disabled

Bring me peace and harmony.Both in here and hereafter,Ya Allah. Guide me please. I don't want to brag about man in my life anymore as that is not as important as me to find myself again. My heart now is numb. I can't feel anything. No name no one no love. Good. I can concerntrate on You.

You, if Allah allow you to feel what I feel..Please give me words,bear with me. As I'm alone and lonely. Impossible to find people who understand. The transition period of me; PAST VS PRESENT. Battle that'll never end.

And you;man of my life.Please wait till the time come; when He's decided.I need time to prepare myself.I'm no one like you. Takde.None.Nil.Yelle puchi. I know thins get complecated days by days.You are great man no doubt.It's me I worried about. If Allah's will,the time will come.And when it is; we both are ready to begin another journey towards Jannah.With rahmah.

Dan kamu. Aku sangat respect kamu. Walaupun secara normalnya perempuan sepatutnya berasa upset,sedih,frust golek-golek..tapi 6 bulan itu ajar aku sesuatu. Kamu bukanlah orangnya.Yang macam ape aku sangka pada mulanya. There's no unfinished business.Pengakhiran yang begitu sempurna aku kira--- Hadiah dari Tuhan.6 Bulan 'kursus menjadi orang dewasa'. Aku belajar dari kamu. You're meant to be come to my life but not stay. Allah knows best.



Dan Intan,aku beri kau masa 1 tahun. SETAHUN. Untuk kau berusaha dari semua segi.Baiki diri,equip yourself. Kau aku beri masa setahun untuk dewasa dengan sempurna. Cipta permulaan yang sempurna as an adult.

Setahum. Setahun lepas macam-macam jadi. Tungang tebalik dunia aku bila perkara-perkara luar alam jadi.Dan aku,Aku dengan selambanya mengambil langkah besar dalam hidup dalam keadaan minda separa sedar??!. Tak aku percaya apa jadi ada hikmah.Aku buat pun bukan suka-suka saja-saja bergembira amik keputusan yang boleh buat mak aku tak bernafas seminit, dan semangat terlebih the other minute. Yang buat ayah aku amik flight straight away balik rumah bila sampai berita. Dan abang-abang aku.Abang-abang aku sejam 45 minit buat round table bisu. Dan ya, walaupun x sampai ke tahap seterusnya, aku anggapkan ianya 'berjaya'. Belajar..belajar..belajar juga cara nak hidup.

Setahun akan datang, kita cerita tahun depan.

Dan Ikram,kawan aku dah 15 tahun pernah kata," You've grown up big and strong.But you need someone.everybody need someone.don't be afraid."

Dan betullah tu aku memang tak takut bila buat keputusan itu dulu. Nothing bad. Thanks,Allah~
=)

Tuesday, October 18, 2011

sad but true

You love someone, you open yourself up to suffering. That the sad truth. Maybe they break your heart. Maybe you’ll break their heart and never be able to look at yourself in the same way. These are the risk.




You see two people. And you think they belong together. But nothing happens.

Thought of loving so much control over personal happiness is unbearable.

That’s the burden. Like wings. They have weight, we feel that weight on our backs. But ,they are burden that lifts us up.

Burdens that allow us to fly.

Wednesday, September 14, 2011

khabar dari intan

salam to all..

bagi yang dah lama baca blog ni,mungkin perasan perubahan pada pola penulisan sEeKeRz yang sekarang kata seseorang,bak melangkah ke 'dark side'.cehh..obi wan kenobi sungguh la hang nih..~ =p

ok,sejujurnya,akuh tak menggalakkan diri saye untuk terlalu 'terbuka' bercerita as the saying, the more people know about urself,the more ways for people to hurt you.yes,it happened to me.and yes,it HURTS.

sekarang ni aku lebih senang membiaskan perasaan,cerita dan fikiran pada bentuk yang lebih abstrak.tiada nama,tiada jalan cerita.terus pada tujuan.terus kena dan sakit pada yang berkenaan,dan terus membiarkan yang tak berkaitan terawang-awangan.

mungkin juga,sebab faktor usia yang dah tak molek la kalau kerja nak merepek je dalam blog.usia Allah bagi,aku buang pada tempat yang salah,apa aku nak jawab? cuma kamu,sahabat-sahabat aku yang terus membaca,terus menunggu update apalah yang dibuat si intan ni.terima kasih,kamu sahabat..dunia akhirat.

ok,sedikit la nak bercerita..Alhamdulillah dengan kebesaran-Nya aku mampu lalui tahun 2 jurusan senibina ini dengan yang terbaik mampu aku lakukan pada saat itu.

tahun 2,madam studiomaster aku kata
,
"kalau awak bukan intan,awak mungkin tak lepas".

aku bersyukur pada tuhan.walau masa tu yang jadi bermacam-macam,berbagai-bagai..kadang susah nak masuk otak macam mana the whole thing was on my shoulder,Allah Almighty.takkan Dia beri kalau tau aku tak mampu.syukur aku pada tuhan,kawan-kawan sekeliling walau tak mampu faham,mampu bantu untuk beri aku ruang dan peluang.aku dapat studiomaster yang sangat memahani dan seorang senior yang juga mentor yang sebijik sebojan pernah alami apa aku hadapi.

tahun 2 juga,aku dijemput tuhan,dapat rezeki buat umrah..sukar dikatakan.terangkat segala beban.puing-puing yang dirasa tersangkut dibahu bak bercerai jadi pasir-pasir ditiup angin.allah kasihkan aku,pertama kali dalam hidup,aku meras kasih sayang terus dari tuhan saat sujud pada saf yang membulat itu.air mata mengalir saat memohon,saat teringat keluh kesah ku yang tak pututs-putus lupa bersyukur.



cukup.sampai situ saja.aku dah masuk tahun 3 semalam! =) final year for B.Sc Architectural Studies.tak sangka intan dah mampu hidup dengan KAED,matang bersama orang-orang didalamnya.tak lupa juga untuk yang tak putus kirim kasih sayang serta ingat aku dalam setiap doanya walau jauh..tuhan beri aku yang indah-indah sudah.apa lagi nak bebel kan?

"pintu goal tu ada keeper,tapi tak bermakna kita tak boleh nak skor.mawar tu berduri,tapi tak bermakna kita tak boleh petik.",kata sorang junior.

aku nak sambung...
"lumpur itu kotor,tapi ia tak jadikan teratai itu buruk"

Thursday, August 25, 2011

bukan aku pemutus kata

tak kira macam mana aku mencari,
bukan aku yang tentukan
susah atau mudahnya satu pencarian.

tak kira berapa ramai aku dampingi,
bukan aku yang tetapkan
aku diterima atau ditapis keluar.

tak kira apa yang aku cuba,
bukan aku yang putuskan
dapatkah tidak capai keputusan.

aku cukup tahu sukarnya berbicara dengan sang pemutus kata.belum terbukti,belum bersaksi,dah punya pandangan transisi.hebat! cool gila kau tau kalau kau..,kalau ikut skema bahasa Intan si pujangga gila.

gunalah apa bahasa atau apa kosa kata
lekatkan aku dengan tag dan label
kalau yang aku tayang muka selamba,terus ke depan
jangan kau pula makan dalam.

aku syukur pada Tuhan.diciptakan Intan ini seorang yang bulat kata hati,berani untuk berbeza.aku syukur kerana sekurang-kurangnya idea aku bukan plastik,yang kau recycle entah dari mana.at least,i have advantage.you've far underestimate me.cool..na?


aku doa,tunggu masa dan ketika,terangkat hijab antara kita.pudar dimakan hari garis pemisah.sebenar,aku dan kau sama saja.cuma kau datang ke depan berkerusi roda,aku berkasut roda.

kita sama kan?
=)

Thursday, August 18, 2011

Indahnya bahasa bila dengan spongebob..=)




Ni sebenarnye ada sorang kawan post kat FB.ntah kenapa,banyak kali nyanyi versi ni pun gelak akibat lawak teramat! nak bagi korang pule nyanyi versi ni ok?

XD


BILA LAGU SPONGEBOB VERSI KELANTAN



Ready dok budok-budok?
Ho laa, kepten!
Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!
......…ooo,

Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?
Spongebob Sluar kotok! *
Sene meresap bewarno kuning.
Spongebob Sluar kotok! *
Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
Spongebob Sluar kotok! *
Pah mari la pakat nopat supo ike.
Spongebob Sluar Kotok! Ready?
Spongebob Sluar kotok,(3x)
Spongebobbb Sluar kotok.
 
 
 
BILA LAGU SPONGEBOB VERSI GANUNG~


ready dok budok-budok?
...ho la, kapteng!
nappe die? ho la kapteng!
.....ooooo,

nappe dok dalang buoh lanah bowoh laot?
spongebob sluor kottok!
senang resap warne kuning.
spongebob sluor kottok!
kalo mung suke mende laut hok ngarrut.
spongebob sluor kottok!
jom maghi noppak supe ikang.
spongebob sluor kottok! ready??
spongebob sluor kottok!(3x)




assignment untuk Cik Dila,buat versi bahase sarawak boleh..?puh-liissss...XD

Friday, August 12, 2011

i am the bartender

a man asked a bartender for a glass of water
the bartender pull out a shotgun and give a shot pass him
the man say thank you
and give a tip
why?


the man have hiccups..



people responds to situation.some people just do more than other,to make it better.

dan kawan aku sorang ni kata,aku la the 'bartender' dalam teka-teki diatas.fix things up dengan cara orang tak faham,tapi works.macam,sebenarnya orang tersedu boleh je kita bagi air.tapi aku guna shotgun.
kelaka pun ada dengar komen macam tu.

untuk buat adik dorm aku berenti homesick,aku suruh dia kejut aku pukul 3 pagi hari-hari.

untuk buat kawan baik aku happy,aku tangkap katak untuk dia bedah kat makmal bio.

untuk bonding budak-budak basketball aku dulu,aku suruh diorang pam semua bola yang ada.

untuk buat cikgu sudin cool down dari marah,aku kemas bilik sukan.

untuk buat yuni si compartment-mate aku stop paranoid & down self esteem,aku paksa dia makan sushi.

untuk buat diri sendiri kembali ke gelombang manusia normal,aku panjat tempat tinggi dan tengok bintang.

whatever pun,macam mane pelik pun cara anda berfikir,seberapa tak boleh diterimanya cara anda menyelesaikan masalah,aku bersyukur sebab masih ada yang faham.

ibu dan ayah aku hebat.bukan senang nak jadi ibu dan ayah kepada seorang intan siti zulaikha.aku tau pun,lepas dah makan tahun jugak la..HAHA~

to ibu,ayah,along,angah,ejul,kawan-kawan,adik-adik dorm dan mereka-mereka yang ada dalam hidup aku,aku nak bagitau,just in case..i do love you.really do.just in the way that...haha! you'll hardly understand.

of coz,i am the bartender.

thank you.just in case i never have a chance to say it to you.right in the eye.


Sunday, July 24, 2011

reason

i believe,everythings happenned for a reason.one thing happen,lead to another.

and songs..always speaks for me.




When I was younger
I saw my daddy cry
And curse at the wind
He broke his own heart
And I watched
As he tried to reassemble it
And my momma swore that
She would never let herself forget
And that was the day that I promised
I'd never sing of love
If it does not exist
But darling,
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
Maybe I know, somewhere
Deep in my soul
That love never lasts
And we've got to find other ways
To make it alone
Keep a straight face
And I've always lived like this
Keeping a comfortable, distance
And up until now
I had sworn to myself that I'm
Content with loneliness
Because none of it was ever worth the risk
Well, You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
I've got a tight grip on reality
But I can't
Let go of what's in front of me here
I know you're leaving
In the morning, when you wake up
Leave me with some kind of proof it's not a dream
Ohh---
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
And I'm on my way to believing
Oh, And I'm on my way to believing

Thursday, July 21, 2011

Notis mintak tolong!

ok.aku bukan jenis manusia yang pandai guna kelenjar air mata.aku bukan manusia yang reti nak sedih sayu haru segala.tapi aku kali ni aku dah tak boleh nak buat tak tau,deny.



Casio Baby-G
 model:2001G-7DR

ni jam aku.dan hari ni dah masuk dua hari aku cari.satu rumah,kat bawah kat atas semua aku cari.dalam keta skali.tak jumpe.

aku ilang henfon  masuk tiga kali dalam satu tahun akademik.aku boleh wat selamba je.aku tak ingat aku letak kamera nikon abang aku kat mana,sampai la ni tak jumpa gak,aku boleh talk-talk lagi dengan along.

tapi this one...this one memang boleh buat aku separuh waras.susah nak terima jam aku ni tak jumpa!
Ya Allah...tolong ingatkan aku,mana aku letak benda ni..memang la tak Rolex..tapi kalau orang bagi Rolex pun,ingat aku kesah? aku pakai pulak kan!

kenapa jam boleh buat intan sewel sampai buat post kat blog?

aku tak kisah,dah 21 tahun baju raya mak aku yang tolong pilih.bab baju raya,aku tak kisah langsung-langsung.lantak la kalau tahun tu mak aku nak pilih kaler pink belancan ke,ijau pucuk paku ke,coklat kayu manis.bab kasut dan beg,aku amik je mana yang berkenan.tak penah lebih dari 15 minit nak beli beg dan kasut.lain la cik jaga kedai lambat sangat cari stok.baju aku hari-hari,lagi la aku xkesah.pakai je apa ada.takdenye istilah 'takde baju nak pakai'.kawan-kawan KAED aku dah paham bila aku pakai baju biru seluar ijau bertudung kelabu,maka dah tak heran.

tapi jam..is the only thing i guess,yang aku pilih gaya nak pilih suami.nak cari jam yang kena dengan jiwa aku memang payah,susah.dan tu la sebab mungkin jam lah antara barang aku yang bersaiz lebih kecil dari kalkulator yang paliiiiiinnnnnnggggg payah nak ilang.

tapi sekarang dah ilangggggg!!!!

aku stress.mak aku cakap macam orang mati laki.memang la,'laki' dah ilang.

dan sekarang tambah lagi satu keje.aku tak tau wujud lagi ke jam ni kat kedai yang aku beli jam ni.kalau ada lagi memang memudah cara la.kalau dah tak ada maka...lama lagi la aku men'janda' cari 'laki' baru.

i hate it is change.i hate it,by any mean,that my watch is not the one that i once owned.

by any chance,kamu yang baca blog ni,tolong survey kat kedai keliling korang ada tak jam ni..serupa camni,kaler hitam frame gold.survey skali harga dia brape.sebab aku beli jam ni dah dua tiga tahun lepas,so kot-kot harga dia dah turun.

please...please...please...

intan never beg to anybody.but this time,i begged you~

Saturday, July 16, 2011

siap sedia nak jumpa Ramadhan~

gamba curik dari sini

selama ni jumpa ramadhan main acuh tak acuh je
konon banyak hal  dunia nak kene urus..
study la..projek la..bla bla bla la..

tahun ni pertama kali rasenye
ber-ramadhan tanpa sebarang komitmen yang menekan
tengah holiday sampai raya

ya Allah,semoga aku mampu
manfaatkan ramadhan ke-21 untuk aku tahun ini
dan jadikannya ramadhan terbaik


buat kawan-kawan yang ber-ramadhan di bumi Allah belah sana..
kuatkan semangat ye! dah besa kan..takkan nak nangis lagi..huhu~
Allah bagi kamu peluang,pahala jihad fisabillah..berlipat kali ganda,insyAllah~

doa untuk aku disini
kamu,aku letak dalam doa dan dalam hati,ye?

=]

Tuesday, July 12, 2011

ARCHITECTURE: My Blood & Tears

Architecture is never triggered by a single event...


never conceived by single mind...

and never shaped by a single hand...

ThRe3 a.k.a TR3 Consultant
and
the unforgotten one,not in the picture;

Acop & The Boss.
Sem 3,2010/2011

...

you have my love
and mind.

=]

The Little Mermaid

The fairytale of the little mermaid is a tale about leaving your home in order to meet another world.About uniting the cultures.And perhaps mostly,it is a tale about the belief that, by giving up a part of ourself, you will get so much more in return.



Power of Believing

It has been a while
Since I first saw you
I wish I could just make
You turn around
Turn around and see me cry.

Sometimes sadness only
Inspires you
When there is a pain
There are no word
All pain is the same.

But you make me
Believe that
Laugh
Can cure all.

Friday, July 1, 2011

wanita & rumah

aku sering ditanya..

"kenapa kau kerap di keluar dari tinggal tetap dirumah?"

"kalau dirumah boleh menjana otak aku berfikir,ada bahan untuk aku mengkaji dan ada sumber ilmu baru untuk aku boleh pelajari,konfem,aku tetap di rumah."

"......"

aku ada abang.bukannya seorang.dan mereka lebih suka perempuan duduk dirumah.sebab dari zaman dulu kala perempuan itu lebih baik dirumah.nabi juga kata perempuan lebih afdhal solat dirumah dari ke masjid.perempuan elok di rumah untuk elak fitnah.perempuan bagus di rumah uruskan hal rumah tangga.

betul.sikit pun aku tak rasa salah.

persoalannya disini,macam mana perempuan-perempuan zaman nabi yang tetap tinggalnya dirumah,cekap uruskan hal rumah tangga, boleh menjadi cerdas dan arif.menguasai ilmu dan ada kepintaran,akal yang tajam.kalau diletak Aisyah Humaira' sebelah wanita-wanita 'rumah' sekeliling kita ni macam langit dan bumi.

perempuan-perempuan rumah zaman kita sering dikaitkan dengan kurangnya kebolehan dan kemahiran yang boleh digunakan diluar rumah.maka jadilah perempuan-perempuan kita 'katak bawah tempurung'.

akal aku kata satu.

dulu lelaki-lelakinya bawa pulang bahan ke rumah.ilmu pengetahuan dikongsikan dirumah.disebarkan ke rumah.macam juga adik iparnya umar al-khattab bawa balik mushaf ke rumah maka Islamlah seisi rumahnya.

maka,aku tak kisah jika satu masa nanti aku kena tetap dirumah.cumanya aku menuntut nafkah ilmu dari yang memberi arahan.satu keperluan buat aku,aku rasa.

memandangkan aku bukanlah wanita yang suka duduk diam setempat.bukannya suka duduk senyap kalau tak tahu apa yang berlaku.bukan juga wanita yang petah buat benda yang sama ulang-ulang-ulang-ulang kali tanpa rasa jemu.

Wednesday, June 29, 2011

tiada tajuk

"Kamu tidak akan memperoleh kebajikan sehingga kamu menginfakkan harta yang disukai."

(Surah ali-Imran: 92)



sungguhlah.
 
hidup itu ertinya pada apa yang diberi.
 
terima kasih Tuhan.
atas 21 tahun ini.

Monday, May 16, 2011

Pergi hanya untuk kembali

aku.aku.aku.
hanya tiga yang aku tahu.

aku berlari kencang,aku lelah.
aku marah,aku pecah.
aku putus asa,aku binasa.

Tuhan.
aku sudah sampai ditengah-tengah alam mega.
aku hilang punca.
aku sudah separuh jalan berlari kencang.
aku lelah.
aku tak berdaya,aku marah.
aku pecah.
bila pecah aku putus asa,berpaling tadah.
binasa.

astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..

dari asalan aku terasa terpanggil
terpanggil untuk kembali
kembali kepangkuan asalan ku

melambai-lambai memanggil.
bertahun.sungguh,bertahun aku mencari.
tak ada jawapan.
aku sangka Kau tak pernah peduli.
aku hina,aku nista.

astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..

aku keliru tak tahu apa aku cari
yang aku buat,
redha tuhan atau redha insan?
ah!
kusut! serabut!

tapi kali ini aku berani
datang menyambut suara itu
yang datang pada aku sekali dua kala

sendiri.
aku berbisik kala kau sedang mendengar
kenapa tinggal aku sendirian?
kau yang bawa aku ke sini,kemudian kau lari?

sayang,
aku bawa kau ke sini saat kau sudah bersedia.
saat kau sudah maklum segalanya.
yang buat kau hilang pegangan ku adalah
bila tiba saat kau rasa kau lebih benar dari yang Dia katakan.

tangis.
itu air mata.
keluarnya dari hati.
bagaimana
untuk aku teruskan?

ke marilah..ke marilah kembali

ke mana? aku tak nampak arah

kembalilah semula
ke petak asal kita

kemudian?

kemudian kita langkahlah,dengarlah
ikut segala
titah Nya yang kita tersilap dengar

kalau aku jatuh semula?
ke lubang neraka andainya?

senyum

aku turun mengikut kau
bukan untuk menyertai kau
tapi untuk tarik kau semula
semoga dapat kita berpimpin tangan
menuju syurga Nya

Ya Allah Ya Tuhan
sesungguhnya,dialah
dialah yang aku pinta dari Mu selama ini
Kau beri lama dulu,
aku yang buta

buat pertama kali
aku benar berterima kasih
atas hakikat berTuhan
Kau hantar aku pergi
hanya untuk kembali
kepangkuan Mu

terima kasih Tuhan.

Saturday, May 14, 2011

Kembali

"Ke marilah sesiapa jua
Para pengembara - pengelamun,pencinta dunia - tidak peduli siapa pun kalian
Justeru ini bukannya karavan insan-insan berputus asa


Ke marilah,
Kendatipun,
Kau telah melanggar sumpahmu seribu kali
Ke marilah dan ke marilah lagi,
ke mari..... ke marilah"


-Maulana Rumi


aku,kamu,
yang dah jauh berkelana atas dunia sesukanya.adapun akan ada masa kita berhenti sejenak,berfikir.tadinya,kita berjalan dari mana,nak ke mana? ada ditengah perjalanan kita bingung,kita berhenti mengelamun.

kau takkan pernah mampu sampai ke sana,andai kau sendirian.ke marilah,kita jalan bersama.kembalilah ke petak asal kita.

Sunday, March 27, 2011

Dia yang pernah bersama kami...Semoga dia dicucuri rahmat..

Aku sedang menulis satu tinta ingatan.Dari satu memori yang sebahagiannya mahu aku lupuskan,mau aku hilangkan.Sementelah ia tak pernah terjadi.Tapi,dari sebahagian yang lain,aku ingin simpan,aku ingin kenang.Aku ulang-ulangkan kisah ini.Kerana aku cuma mahu ingat,yang indah-indah.Kenangan yang padanya ada senyum,ada gembira.Jauh dari sosok duka,lara dan hampa Kerana dia,yang akan aku tuliskan ini,hadirnya dalam wayang kenangan,hanya sebagai pembawa bahagia,pengertian,tiada putus asa dan yang paling sukar dihulur orang saat kenangan itu berlaku,harapan.Dia beri aku harapan.Dan dengan harapan itulah,aku mara ke depan.Walau aku mengesot.Sedikit-sedikit. Ini kenangan indah-indah aku dan dia.Yang bila aku teringat,aku senyum bangga.Ya,suatu masa,aku pernah menjadi anak didik mu. Cikgu Nawiah Rosdi Cikgu ajar math masa lower form.Masa aku form 3,aku aktif main netball.hari-hari,pagi-pagi buta aku kena jogging round satu sekolah,pusing 3 4 round.Bila habis jogging selalunya orang lain dah beratur kat perhimpunan,nak masuk kelas.Time ni la selalunya Cikgu Nawiah sampai.Dia duduk quarters guru,kat hujung sekolah.Dari jauh aku nampak dia bawa beg laptop dan barang-barang dok jalan kaki.Tepi jalan belah kantin.Slow-slow naik bukit skit masuk ke anjung. Aduhh!Aku lupa...Dia kan mengandung!!!! Aku trus lari-lari datang kat dia sambil jerit-jerit sekuat alam.. "Cikgu!Cikgu! Kejap! Kejap!" Cikgu toleh belakang, "Intan,buat ape ni?Orang beratur dah ni.." *mesti cikgu suspect aku cabut lagi..(~___~") "Tak,saye kene jogging.Kenape cikgu tak mintak saye bawak beg laptop?Cikgu pregnant kang bawak berat jatuh..bla..bla..bla.." *aku tak ingat aku bebel apa,tapi aku amik je tali beg laptop dari bahu cikgu dengan buku ape ntah kat tangan dia.Cuma ada 1 paper bag di tangan dia.Mungkin isi kertas SCIENCE atau PHYSIC.("~___~") Dan seingat aku,aku je yang membebel tentang keselamatan ibu-ibu mengandung,dari anjung sampai ke bilik guru.Sedangkan Cikgu Nawiah sepanjang-panjang perjalanan cuma senyum dan ketawa kecil.Aku mak nenek,katanya. Aku tak kisah.Aku tak pernah kisah.Samalah kadar ke'tak kisah'an aku pada mata-mata yang menjeling tajam dari Dataran Integrasi.Tak kira dari yang dibawah.Atau yang diatas pentas kecilnya.
*THE END OF MEMOIR #1*


Hari tu aku letih sangat-sangat.Fasa latihan Intensif untuk netballers dari Cikgu Sudin,memang bayar cash.Naik rehat dah pukul 10.30.Salin baju sekolah.Beli susu kat koop.Tido dalam kelas. Sampai habis waktu rehat.Bangun-bangun je kelas kosong.


ALAMAKK! Lepas rehat ade Science LAA!!!

*dalam hati dah caci maki kawan-kawan pegi lab tak reti nak kejut.kejam gila tinggal aku,kalu ye pun semangat nak belajar sains!


Aku capai apa yang ada,lari pegi lab.Nasib baik lab tu kat blok blakang ni je,aras yang sama.


Sampai lab.Ketuk pintu,bagi salam.Masuk lab.Duduk.Pegang pen,catat.catat.catat..cata z.cat zzz.. ca zzz.. c zzzzzzzz.zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.


Ada orang tepuk blakang aku.'Siot la kacau aku tido..'


"Mengantuk ke Intan?Penat sangat ye blari pagi tadi?haa..tido2.."


HAA???!Perli ke ape.....


"Takpe,tido je dulu.Awak mengantuk bukan boleh masuk.Mengantuk ubatnya tido."

Cikgu Nawiah cakap sambil tepuk blakang aku gaya suro budak kecik tido.


Aku apa lagi,letak tangan atas meja.Dan tido.Telinga aku cuma dapat menangkap tawa kecil cikgu semakin menjauh.Dah aku,terus terlelap.


Buka-buka je mata,kiri kanan orang tengah jawab soalan.Aku mula gelabah.Amende weh korang buat?


Tengah aku gelabah-gelabah tu la Cikgu Nawiah datang."Dah habis tido dah?dah boleh belaja dah?"


Aku angguk-angguk.Cikgu senyum je.Tarik satu kerusi lab yang tinggi tu letak sebelah aku dan duduk.


"Tadi masa awak tido,saya ajar...."


Dan dia ajar aku.Apa yang dah diajarkan pada satu kelas masa aku tido.Dia ulang semula apa yang diberitahu pada semua.Tak satu kurang,lebih,mungkin.Satu-satu.Macam personal tutor.Masa kawan-kawan lain jawab soalan yang dia bagi,masa tu lah dia ajar aku apa yang aku perlu tau.Sampai habis waktu.


Dan soalan orang lain jawab tadi,jadi kerja rumah aku.


*THE END OF MEMOIR #2*


Form 4.Aku asalnya kelas Al-Itqan a.k.a kelas sains agama.Tapi jiwa raga aku tak ngam disitu.Bukan nak kata aku tak suka agama,tapi aku trauma dengan Bahasa Arab.Aku suka buat keja makmal.Aku suka main dengan experiment apparatus dalam makmal kimia sampai Abang Man jauhkan balang air suling dari aku buat minum guna beaker.Aku suka benda-benda 'hands-on'.Atau dalam erti kata lain aku suka menyemak.haha.


Maka minat aku dah tertumpah di kelas Najah a.k.a sains teknikal.Dalam kepala dah membayangkan benda-benda yang lebih ekstrim.Main dengan tsquare,set square.Ada compasses yang boleh membunuh.Boleh main dengan grinding machine.Main dengan besi.Wow~


Tapi,kadang-kadang apa yang kite nak tu la susah orang nak bagi.Proses peralihan dari kelas Itqan ke kelas Najah perlu lalui macam-macam hal.Cikgu Maon tak galakkan.Cikgu-cikgu lain pun dok sok-sek2.Cikgu-cikgu yang dulu ajar arab & biologi mula menampakkan bibit-bibit merajuk.


Time tu aku konfius.Aku bukan pelajar bijak.Aku ada atau tak de,tak makan pun pointer keseluruhan.Tapi kenapa aku nak tuka aliran pun jadi isu.Maka,aku pun konpius.Nak mengadu kat sapa aku tak tau.Aku jumpa Ust Joha.Ust Joha bagi aku kata sepatah.ISTIKHARAH.


Hari tu la baru aku tau beza antara Istikharah dengan Istiadhdah.

("~___~")



Dan keputusannya.aku tuka kelas najah.Dan implikasinya.sebilangan besar orang-orang yang dulu rajin tanya kaba brite,blaja ok ke tak,sihat ke tak..dah tak tanya lagi dah.


Dan dia.Salah seorang yang tak berubah.


Masuk bilik guru lepas waktu P&P.Kelas last tadi kelas TK(teknologi kejuruteraan).Masuk-masuk menonong ke meja Cikgu Azlina.Dengan harapan ada lagi kerepek bawang beliau bawah meja.Borak-borak dan buat kecoh dengan Cikgu Lin & Cikgu Sudin,esok subuh pun tak habis.Dalam kecoh-kecoh itu,dia datang menjengah.


"Kan betul,Intan...kalau senyap sunyi tiba-tiba kecoh ni mesti Intan yang datang"

Dia senyum je dan terus ke compartment dia hujung belah sana.dekat dengan pantry.


Aku capai balang kerepek bawang Cikgu Azlina dan menonong pegi side belah sana.Aku tarik kerusi meja kosong sebelah.Dok sebelah meja beliau,hulur balang kerepek bawang.Dia ambil satu.


"Macam mana? Best tak Najah?".Soalan pertama.Soalan yang pada segelintir cikgu,tak sanggup

nak tanya.


Aku dengan ekcitednya pun mula bercerita.


Aku cerita pasal tadi kat bengkel kami buat projek besi.Buat bearing opener.Aku buat skru sendiri,manual.Aku potong besi guna gergaji.Aku buat lubang atas plat besi guna gerudi.Aku buat brazing.Aku guna grinding machine,mesin tu laju sangat sampai keluar api projek aku.Aku cerita pasal Cikgu Zul ajar Technical Drawing.Aku cerita Cikgu Hapiz suka bagi limau Gongxifachoi.Aku cerita pasal budak-budak Form 4 baru masuk yang pelik-pelik.*lepas tu Cikgu Nawiah kata,aku pun pelik sama.Aku cerita pasal Syamim,Zulkifli,Zaleha,Fath,Hakim,Wafiy dan kawan-kawan batch lama yang sama-sama keluar kelas sains masuk kelas teknikal.Aku cerita pasal Cikgu Sudin ajar Sejarah,orang ngantuk dia suruh lari pusing kelas.Aku cerita kelas najah ada kucing angkat.Aku cerita tangan aku tersepit masa first time guna G-clamp.


Dan aku terus bercerita sampai jam masuk pukul 2.Sepanjang aku cerita dia hanya menyampuk sikit-sikit.Selebihnya cuma senyum & ketawa kecil.Begitulah dia selalu.Macam seorang ibu.Yang dengar anak dia yang mulut banyak bercerita.Aku bercerita sambil kami makan kerepek bawang Cikgu Azlina sampai habis.Yang lepas tu Cikgu Azlina topup dan aku makan lagi.


*THE END OF MEMOIR #3*


Kalau nak dicatatkan disini segala kenangan antara aku dengan dia,Cikgu Nawiah guruku,sampai tahun depan tak habis.Tahun-tahun pertama aku meninggalkan sekolah,dia antara yang dirindui.Bila aku datang menziarah sekali tak sekala ke bumi Mersing,dia antara yang aku tuju dahulu sebelum yang lainnya.Kenapa?Aku pilih kasih antara guru?


Tak.Cuma aku punya kisah.Aku punya cerita.Aku pernah terguris dan aku pernah makan hati.Tapi tiada satu yang berkenaan ada kaitannya dengan dia.Itu buat dia antara yang teristimewa.


Dia faham aku penat lebih dari kawan-kawan lain.Maka dia beri aku kerehatan yang istimewa sikit dari kawan-kawan lain.

Dia faham aku punya beban di fikiran dan perasaan lebih dari kawan-kawan lain,maka dia beri aku lebih perhatian untuk aku lebih meluahkan.

Dia faham aku punya banyak perkara nak diceritakan tapi aku pendam,maka dia beri aku lebih telinga agar dengannya aku mampu buka diri untuk untuk orang-orang sekeliling.


Dia ada itu,skill yang bukan boleh didapati dengan segulung ijazah atau pengiktirafan psikologi.Dia ada itu,kerana dia mampu melihat bukan hanya dari mata,tapi juga dari hati.Dia mampu lakukan itu pada aku,dan pada murid-muridnya yang lain ,kerana sekeping hatinya itu sangat lembut dan sensitif.Mampu merasa apa yang aku sembunyikan.Jauh dari orang ramai,tempiasnya keluar dimata dan dia mampu melihatnya.


Cikgu Nawiah Rosdi,

Saye doakan cikgu aman dan bahagia disisi Tuhan.Saye doakan segala kebaikan dan pengorbanan cikgu pada kami,anak-anak murid cikgu menjadi amal jariah yang memudahkan cikgu disana.Pertemuan terakhir kita,saya akan ingat sampai bila-bila.Lebih setengah tahun tak jumpa cikgu,nampaknya Tuhan aturkan itulah pertemuan kita yang terakhir.Saya akan ingat kata-kata cikgu yang terakhir itu.Selamanya,insyAllah selagi Tuhan memberi kemampuan saya untuk mengingat.


Al-fatihah ini saye kirimkan untuk cikgu.Dari jauh,tak mampu ke sana.Dan al-fatihah ini bukanlah yang pertama dan terakhir.Al-fatihah yang sama saye sedekahkan pahalanya kepada cikgu saat keputusan PMR dan SPM keluar.Al-fatihah yang sama sewaktu saya dapat UPU masuk UIA.Al-fatihah yang sama saat saya dapat rezeki rentetan dari ilmu yang cikgu beri.Dan insyALLAH,al-fatihah yang sama untuk cikgu selagi hayat ini ada,selagi nadi masih berdenyut.Redha cikgu saya pohon dan cikgu dengan lapang dada telah meredhakan saye,terima kasih.


Semoga Cikgu Nawiah Rosdi ditempatkan bersama orang-orang beriman dan soleh.

Al-Fatihah

Tuesday, March 8, 2011

Post mengarut

Pagi-pagi lagi dah baca post mengarut budak kecik kaki merepek, mcm mana nk buat org annoy.Teringat sorang kawan pun penah post notes kat FB lebih kurang mcm tu jugak la tujuannya.Share kat sini,even langsung tak ilmiah..=)

20 cara untuk jadikan roomate anda gila

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

Wednesday, March 2, 2011

even a fine line make the different


there is always a fine line
between criticizing & degrading people
there is always a fine line
between asking for help & using people
there is always a fine line
between dislike & hate
there is always a fine line
between do not tell & lie
there is always a fine line
between telling the truth & backstabbing people
to you,
good luck in discovering the capricious line!

Wednesday, February 23, 2011

melihat dari lensa


'Melarikan' diri kejap ke Putrajaya.Mencari sumber inspirasi dalam kesesakan jiwa.Indeed,dunia ini penuh cerita.Kalau kita mahu mendengar.Dunia ini penuh rahsia.Kalau kita buka mata.
Diam
Dengar
Rasa
Deria yang lima
Adalah unlimited coverage antara kita dan Tuhan.
high.prestigeous.

geometry.symmetry.man-made balance.


axis.harmony.




Dulu & sekarang


dulu-dulu,masa kita bukan siapa-siapa

tiada apa-apa,tengok kiri-kanan kita..

siapa?


sekarang,masa kita dah ada sikit nama

masuk paper,masuk media..tengok kiri-kanan kita..

siapa?


dulu & sekarang

mana landasannya?

mana 'footing'nya?

check balik,tanya naluri

mana dunia itu berdiri

ditangan atau

dihati..?


*untuk kamu,supaya kamu ingat kamu dulu pernah jadi apa dan siapa..you call us family?then,this is sister-brother talk..ya bro?? =>


Monday, February 21, 2011

an evening class with the world around me

a girl with a flower
she wake up early,do the chores like everyday
day by day,the hardship never made her astray
to God she speak,from the innerself of her's
Dear God!you gave me what you gave me
you speak to me when i read Your words
give me calm! give me hope!
i won't ask for easiness as it make me weak
what i ask is just, make me stronger
just like a lotus
live,struggle to live
in muddy water,no one care
but after every difficulties,there's a relief
indeed,in every difficulties,there's a relief
when the time comes,the lotus blooms
it become the most beautiful and adored amongst all




the moon
since the oldest memory, i can remember
i do love sky
twinkling stars,night sky
give me hope to know God
now i'm a grown-up girl
still attached to the night sky
everyday
i see those beautiful creature up high
every time i feel life is hard
i ask to God
to make it easy to me
every time i feel unoccupied
i ask God
for more
every time i feel alone
i ask God
to give me companion
one day i realize
there is a beautiful creation of God
never ask question
to anything God make it happen to him
the moon
never ask God
to stop the rain
if when it is
no one can see him
the moon
never ask God
to push away the clouds
when cloudy night
overlapping its shining
the moon
never ask God
for another moon as companion
even have lingering alone for so long
if the moon never complain
then,why should i?



pray
i open the book
they call it-i'm learning
i laugh hilariously
they call it-i'm sunshine,happy
i help a friend of mine out of difficulties
they call it-i'm nice,kind-hearted
i love to share
they call-i'm generous
but when i stop doing
they call it-i'm failed
i have crystal layers in my eyes
they call it-i'm crying baby
i speak out what i feel
they call it-i'm complaining
it's ok,friend!
i dont mind
but please do know that
if the time comes
i come down on my knee
its not because i've surrender
-i'm praying to God

-intanctz,12/1/11;HS square,in front SHASM
*note:all these picture drawn by my left hand,and i'm not left-handed
**an evening of self retreat,Allah show me to much that evening.praise him,Alhamdulillah~
***something terrible happened,back then.hard for me,but almighty Him.He knows best

Saturday, February 19, 2011

.titik.



. .


.. . .
NOTHING


is the only thing


i have plenty of it
.. . .
. .

Monday, February 14, 2011

Lagenda yang masih hidup dihati umat~


Satu ketika


Cinta itu pernah ada


Kalau tidak,manakan dapat sinar Islam


Mengetuk pintu-pintu setiap celah dunia


Ya,cinta hebat itu pernah ada


Pernah dihulurkan


Cuma tinggal kita


Nak sambut atau nak campak?


Thursday, February 3, 2011

Penat dah menulis,cakap pulak lah..



Sekarang..bermula lah format baru dalam aku ber-blogging...

*sorry,first time record suare sendiri,gagap lak! =p



.another day of Allah's mercy.

Lilypie Kids Birthday tickers