Monday, May 16, 2011

Pergi hanya untuk kembali

aku.aku.aku.
hanya tiga yang aku tahu.

aku berlari kencang,aku lelah.
aku marah,aku pecah.
aku putus asa,aku binasa.

Tuhan.
aku sudah sampai ditengah-tengah alam mega.
aku hilang punca.
aku sudah separuh jalan berlari kencang.
aku lelah.
aku tak berdaya,aku marah.
aku pecah.
bila pecah aku putus asa,berpaling tadah.
binasa.

astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..

dari asalan aku terasa terpanggil
terpanggil untuk kembali
kembali kepangkuan asalan ku

melambai-lambai memanggil.
bertahun.sungguh,bertahun aku mencari.
tak ada jawapan.
aku sangka Kau tak pernah peduli.
aku hina,aku nista.

astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..

aku keliru tak tahu apa aku cari
yang aku buat,
redha tuhan atau redha insan?
ah!
kusut! serabut!

tapi kali ini aku berani
datang menyambut suara itu
yang datang pada aku sekali dua kala

sendiri.
aku berbisik kala kau sedang mendengar
kenapa tinggal aku sendirian?
kau yang bawa aku ke sini,kemudian kau lari?

sayang,
aku bawa kau ke sini saat kau sudah bersedia.
saat kau sudah maklum segalanya.
yang buat kau hilang pegangan ku adalah
bila tiba saat kau rasa kau lebih benar dari yang Dia katakan.

tangis.
itu air mata.
keluarnya dari hati.
bagaimana
untuk aku teruskan?

ke marilah..ke marilah kembali

ke mana? aku tak nampak arah

kembalilah semula
ke petak asal kita

kemudian?

kemudian kita langkahlah,dengarlah
ikut segala
titah Nya yang kita tersilap dengar

kalau aku jatuh semula?
ke lubang neraka andainya?

senyum

aku turun mengikut kau
bukan untuk menyertai kau
tapi untuk tarik kau semula
semoga dapat kita berpimpin tangan
menuju syurga Nya

Ya Allah Ya Tuhan
sesungguhnya,dialah
dialah yang aku pinta dari Mu selama ini
Kau beri lama dulu,
aku yang buta

buat pertama kali
aku benar berterima kasih
atas hakikat berTuhan
Kau hantar aku pergi
hanya untuk kembali
kepangkuan Mu

terima kasih Tuhan.

Saturday, May 14, 2011

Kembali

"Ke marilah sesiapa jua
Para pengembara - pengelamun,pencinta dunia - tidak peduli siapa pun kalian
Justeru ini bukannya karavan insan-insan berputus asa


Ke marilah,
Kendatipun,
Kau telah melanggar sumpahmu seribu kali
Ke marilah dan ke marilah lagi,
ke mari..... ke marilah"


-Maulana Rumi


aku,kamu,
yang dah jauh berkelana atas dunia sesukanya.adapun akan ada masa kita berhenti sejenak,berfikir.tadinya,kita berjalan dari mana,nak ke mana? ada ditengah perjalanan kita bingung,kita berhenti mengelamun.

kau takkan pernah mampu sampai ke sana,andai kau sendirian.ke marilah,kita jalan bersama.kembalilah ke petak asal kita.

.another day of Allah's mercy.

Lilypie Kids Birthday tickers