Wednesday, September 14, 2011

khabar dari intan

salam to all..

bagi yang dah lama baca blog ni,mungkin perasan perubahan pada pola penulisan sEeKeRz yang sekarang kata seseorang,bak melangkah ke 'dark side'.cehh..obi wan kenobi sungguh la hang nih..~ =p

ok,sejujurnya,akuh tak menggalakkan diri saye untuk terlalu 'terbuka' bercerita as the saying, the more people know about urself,the more ways for people to hurt you.yes,it happened to me.and yes,it HURTS.

sekarang ni aku lebih senang membiaskan perasaan,cerita dan fikiran pada bentuk yang lebih abstrak.tiada nama,tiada jalan cerita.terus pada tujuan.terus kena dan sakit pada yang berkenaan,dan terus membiarkan yang tak berkaitan terawang-awangan.

mungkin juga,sebab faktor usia yang dah tak molek la kalau kerja nak merepek je dalam blog.usia Allah bagi,aku buang pada tempat yang salah,apa aku nak jawab? cuma kamu,sahabat-sahabat aku yang terus membaca,terus menunggu update apalah yang dibuat si intan ni.terima kasih,kamu sahabat..dunia akhirat.

ok,sedikit la nak bercerita..Alhamdulillah dengan kebesaran-Nya aku mampu lalui tahun 2 jurusan senibina ini dengan yang terbaik mampu aku lakukan pada saat itu.

tahun 2,madam studiomaster aku kata
,
"kalau awak bukan intan,awak mungkin tak lepas".

aku bersyukur pada tuhan.walau masa tu yang jadi bermacam-macam,berbagai-bagai..kadang susah nak masuk otak macam mana the whole thing was on my shoulder,Allah Almighty.takkan Dia beri kalau tau aku tak mampu.syukur aku pada tuhan,kawan-kawan sekeliling walau tak mampu faham,mampu bantu untuk beri aku ruang dan peluang.aku dapat studiomaster yang sangat memahani dan seorang senior yang juga mentor yang sebijik sebojan pernah alami apa aku hadapi.

tahun 2 juga,aku dijemput tuhan,dapat rezeki buat umrah..sukar dikatakan.terangkat segala beban.puing-puing yang dirasa tersangkut dibahu bak bercerai jadi pasir-pasir ditiup angin.allah kasihkan aku,pertama kali dalam hidup,aku meras kasih sayang terus dari tuhan saat sujud pada saf yang membulat itu.air mata mengalir saat memohon,saat teringat keluh kesah ku yang tak pututs-putus lupa bersyukur.



cukup.sampai situ saja.aku dah masuk tahun 3 semalam! =) final year for B.Sc Architectural Studies.tak sangka intan dah mampu hidup dengan KAED,matang bersama orang-orang didalamnya.tak lupa juga untuk yang tak putus kirim kasih sayang serta ingat aku dalam setiap doanya walau jauh..tuhan beri aku yang indah-indah sudah.apa lagi nak bebel kan?

"pintu goal tu ada keeper,tapi tak bermakna kita tak boleh nak skor.mawar tu berduri,tapi tak bermakna kita tak boleh petik.",kata sorang junior.

aku nak sambung...
"lumpur itu kotor,tapi ia tak jadikan teratai itu buruk"

.another day of Allah's mercy.

Lilypie Kids Birthday tickers