Tuesday, April 30, 2013

Aku rasa. Kalau kita buat salah dengan manusia, kita pegi dekat dia and say "sorry", iAllah dengan lapang dada dia akan maafkan kita.

Tapi try kita, bila buat salah dengan manusia, pegi dekat dia and say "sorry", buat kali ke lapanratusenampuluhtiga, aku tak rasa. Aku tak rasa dia aka maafkan.

Sebab? manusia ni cepat serik. yang tak serik tu yang dalam hadith ada sebut lebih kurang, "Muslim itu takkan jatuh dalam satu lubang dua kali."

Dan, natijahnya, kalau kita dah buat salah yang sama lebih dari sekali, kita akan mula SEMBUNYIKAN dari orang tau. Kita akan fix senyap-senyap, dengan harapan orang tak tau kita buat silap. Tapi tetap, kita akan buat kesilapan yang sama, kalau kita tak tau cara nak 'baiki'.

Macam tu la juga aku nampak. Dosa kita dengan Tuhan. Dah banyak kali berdosa, banyak kali mintak ampun. Tapi kita manusia, kita pendosa. Tapi Tuhan tak kata, berapa kali je boleh mintak ampun pada Dia. Dia tahu, manusia tu sifatnya lupa, alpa,leka. Itu sebab pintu taubatnya sentiasa terbuka.

..Ke marilah, kembali,
Kendatipun,
Kau telah melanggar sumpahmu seribu kali
kembalilah.. kembali..

Dan aku pun macam yang lainnya. Pernah tersungkur entahberapajutakalinya. Yang kadang-kadang rasa penat dengan diri sendiri, bosan dengan tabiat diri..

Kenapa engkau mesti ulang-ulang dosa mu sekian kali, setiap kali? 

Bila ada rasa itu, cepat-cepatlah kita berlari.

Berlari untuk kembali.

.another day of Allah's mercy.

Lilypie Kids Birthday tickers