Dia yang pernah bersama kami...Semoga dia dicucuri rahmat..
Aku sedang menulis satu tinta ingatan.Dari satu memori yang sebahagiannya mahu aku lupuskan,mau aku hilangkan.Sementelah ia tak pernah terjadi.Tapi,dari sebahagian yang lain,aku ingin simpan,aku ingin kenang.Aku ulang-ulangkan kisah ini.Kerana aku cuma mahu ingat,yang indah-indah.Kenangan yang padanya ada senyum,ada gembira.Jauh dari sosok duka,lara dan hampa Kerana dia,yang akan aku tuliskan ini,hadirnya dalam wayang kenangan,hanya sebagai pembawa bahagia,pengertian,tiada putus asa dan yang paling sukar dihulur orang saat kenangan itu berlaku,harapan.Dia beri aku harapan.Dan dengan harapan itulah,aku mara ke depan.Walau aku mengesot.Sedikit-sedikit. Ini kenangan indah-indah aku dan dia.Yang bila aku teringat,aku senyum bangga.Ya,suatu masa,aku pernah menjadi anak didik mu. Cikgu Nawiah Rosdi Cikgu ajar math masa lower form.Masa aku form 3,aku aktif main netball.hari-hari,pagi-pagi buta aku kena jogging round satu sekolah,pusing 3 4 round.Bila habis jogging selalunya orang lain dah be