Dia yang pernah bersama kami...Semoga dia dicucuri rahmat..

Aku sedang menulis satu tinta ingatan.Dari satu memori yang sebahagiannya mahu aku lupuskan,mau aku hilangkan.Sementelah ia tak pernah terjadi.Tapi,dari sebahagian yang lain,aku ingin simpan,aku ingin kenang.Aku ulang-ulangkan kisah ini.Kerana aku cuma mahu ingat,yang indah-indah.Kenangan yang padanya ada senyum,ada gembira.Jauh dari sosok duka,lara dan hampa Kerana dia,yang akan aku tuliskan ini,hadirnya dalam wayang kenangan,hanya sebagai pembawa bahagia,pengertian,tiada putus asa dan yang paling sukar dihulur orang saat kenangan itu berlaku,harapan.Dia beri aku harapan.Dan dengan harapan itulah,aku mara ke depan.Walau aku mengesot.Sedikit-sedikit. Ini kenangan indah-indah aku dan dia.Yang bila aku teringat,aku senyum bangga.Ya,suatu masa,aku pernah menjadi anak didik mu. Cikgu Nawiah Rosdi Cikgu ajar math masa lower form.Masa aku form 3,aku aktif main netball.hari-hari,pagi-pagi buta aku kena jogging round satu sekolah,pusing 3 4 round.Bila habis jogging selalunya orang lain dah beratur kat perhimpunan,nak masuk kelas.Time ni la selalunya Cikgu Nawiah sampai.Dia duduk quarters guru,kat hujung sekolah.Dari jauh aku nampak dia bawa beg laptop dan barang-barang dok jalan kaki.Tepi jalan belah kantin.Slow-slow naik bukit skit masuk ke anjung. Aduhh!Aku lupa...Dia kan mengandung!!!! Aku trus lari-lari datang kat dia sambil jerit-jerit sekuat alam.. "Cikgu!Cikgu! Kejap! Kejap!" Cikgu toleh belakang, "Intan,buat ape ni?Orang beratur dah ni.." *mesti cikgu suspect aku cabut lagi..(~___~") "Tak,saye kene jogging.Kenape cikgu tak mintak saye bawak beg laptop?Cikgu pregnant kang bawak berat jatuh..bla..bla..bla.." *aku tak ingat aku bebel apa,tapi aku amik je tali beg laptop dari bahu cikgu dengan buku ape ntah kat tangan dia.Cuma ada 1 paper bag di tangan dia.Mungkin isi kertas SCIENCE atau PHYSIC.("~___~") Dan seingat aku,aku je yang membebel tentang keselamatan ibu-ibu mengandung,dari anjung sampai ke bilik guru.Sedangkan Cikgu Nawiah sepanjang-panjang perjalanan cuma senyum dan ketawa kecil.Aku mak nenek,katanya. Aku tak kisah.Aku tak pernah kisah.Samalah kadar ke'tak kisah'an aku pada mata-mata yang menjeling tajam dari Dataran Integrasi.Tak kira dari yang dibawah.Atau yang diatas pentas kecilnya.
*THE END OF MEMOIR #1*


Hari tu aku letih sangat-sangat.Fasa latihan Intensif untuk netballers dari Cikgu Sudin,memang bayar cash.Naik rehat dah pukul 10.30.Salin baju sekolah.Beli susu kat koop.Tido dalam kelas. Sampai habis waktu rehat.Bangun-bangun je kelas kosong.


ALAMAKK! Lepas rehat ade Science LAA!!!

*dalam hati dah caci maki kawan-kawan pegi lab tak reti nak kejut.kejam gila tinggal aku,kalu ye pun semangat nak belajar sains!


Aku capai apa yang ada,lari pegi lab.Nasib baik lab tu kat blok blakang ni je,aras yang sama.


Sampai lab.Ketuk pintu,bagi salam.Masuk lab.Duduk.Pegang pen,catat.catat.catat..cata z.cat zzz.. ca zzz.. c zzzzzzzz.zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.


Ada orang tepuk blakang aku.'Siot la kacau aku tido..'


"Mengantuk ke Intan?Penat sangat ye blari pagi tadi?haa..tido2.."


HAA???!Perli ke ape.....


"Takpe,tido je dulu.Awak mengantuk bukan boleh masuk.Mengantuk ubatnya tido."

Cikgu Nawiah cakap sambil tepuk blakang aku gaya suro budak kecik tido.


Aku apa lagi,letak tangan atas meja.Dan tido.Telinga aku cuma dapat menangkap tawa kecil cikgu semakin menjauh.Dah aku,terus terlelap.


Buka-buka je mata,kiri kanan orang tengah jawab soalan.Aku mula gelabah.Amende weh korang buat?


Tengah aku gelabah-gelabah tu la Cikgu Nawiah datang."Dah habis tido dah?dah boleh belaja dah?"


Aku angguk-angguk.Cikgu senyum je.Tarik satu kerusi lab yang tinggi tu letak sebelah aku dan duduk.


"Tadi masa awak tido,saya ajar...."


Dan dia ajar aku.Apa yang dah diajarkan pada satu kelas masa aku tido.Dia ulang semula apa yang diberitahu pada semua.Tak satu kurang,lebih,mungkin.Satu-satu.Macam personal tutor.Masa kawan-kawan lain jawab soalan yang dia bagi,masa tu lah dia ajar aku apa yang aku perlu tau.Sampai habis waktu.


Dan soalan orang lain jawab tadi,jadi kerja rumah aku.


*THE END OF MEMOIR #2*


Form 4.Aku asalnya kelas Al-Itqan a.k.a kelas sains agama.Tapi jiwa raga aku tak ngam disitu.Bukan nak kata aku tak suka agama,tapi aku trauma dengan Bahasa Arab.Aku suka buat keja makmal.Aku suka main dengan experiment apparatus dalam makmal kimia sampai Abang Man jauhkan balang air suling dari aku buat minum guna beaker.Aku suka benda-benda 'hands-on'.Atau dalam erti kata lain aku suka menyemak.haha.


Maka minat aku dah tertumpah di kelas Najah a.k.a sains teknikal.Dalam kepala dah membayangkan benda-benda yang lebih ekstrim.Main dengan tsquare,set square.Ada compasses yang boleh membunuh.Boleh main dengan grinding machine.Main dengan besi.Wow~


Tapi,kadang-kadang apa yang kite nak tu la susah orang nak bagi.Proses peralihan dari kelas Itqan ke kelas Najah perlu lalui macam-macam hal.Cikgu Maon tak galakkan.Cikgu-cikgu lain pun dok sok-sek2.Cikgu-cikgu yang dulu ajar arab & biologi mula menampakkan bibit-bibit merajuk.


Time tu aku konfius.Aku bukan pelajar bijak.Aku ada atau tak de,tak makan pun pointer keseluruhan.Tapi kenapa aku nak tuka aliran pun jadi isu.Maka,aku pun konpius.Nak mengadu kat sapa aku tak tau.Aku jumpa Ust Joha.Ust Joha bagi aku kata sepatah.ISTIKHARAH.


Hari tu la baru aku tau beza antara Istikharah dengan Istiadhdah.

("~___~")



Dan keputusannya.aku tuka kelas najah.Dan implikasinya.sebilangan besar orang-orang yang dulu rajin tanya kaba brite,blaja ok ke tak,sihat ke tak..dah tak tanya lagi dah.


Dan dia.Salah seorang yang tak berubah.


Masuk bilik guru lepas waktu P&P.Kelas last tadi kelas TK(teknologi kejuruteraan).Masuk-masuk menonong ke meja Cikgu Azlina.Dengan harapan ada lagi kerepek bawang beliau bawah meja.Borak-borak dan buat kecoh dengan Cikgu Lin & Cikgu Sudin,esok subuh pun tak habis.Dalam kecoh-kecoh itu,dia datang menjengah.


"Kan betul,Intan...kalau senyap sunyi tiba-tiba kecoh ni mesti Intan yang datang"

Dia senyum je dan terus ke compartment dia hujung belah sana.dekat dengan pantry.


Aku capai balang kerepek bawang Cikgu Azlina dan menonong pegi side belah sana.Aku tarik kerusi meja kosong sebelah.Dok sebelah meja beliau,hulur balang kerepek bawang.Dia ambil satu.


"Macam mana? Best tak Najah?".Soalan pertama.Soalan yang pada segelintir cikgu,tak sanggup

nak tanya.


Aku dengan ekcitednya pun mula bercerita.


Aku cerita pasal tadi kat bengkel kami buat projek besi.Buat bearing opener.Aku buat skru sendiri,manual.Aku potong besi guna gergaji.Aku buat lubang atas plat besi guna gerudi.Aku buat brazing.Aku guna grinding machine,mesin tu laju sangat sampai keluar api projek aku.Aku cerita pasal Cikgu Zul ajar Technical Drawing.Aku cerita Cikgu Hapiz suka bagi limau Gongxifachoi.Aku cerita pasal budak-budak Form 4 baru masuk yang pelik-pelik.*lepas tu Cikgu Nawiah kata,aku pun pelik sama.Aku cerita pasal Syamim,Zulkifli,Zaleha,Fath,Hakim,Wafiy dan kawan-kawan batch lama yang sama-sama keluar kelas sains masuk kelas teknikal.Aku cerita pasal Cikgu Sudin ajar Sejarah,orang ngantuk dia suruh lari pusing kelas.Aku cerita kelas najah ada kucing angkat.Aku cerita tangan aku tersepit masa first time guna G-clamp.


Dan aku terus bercerita sampai jam masuk pukul 2.Sepanjang aku cerita dia hanya menyampuk sikit-sikit.Selebihnya cuma senyum & ketawa kecil.Begitulah dia selalu.Macam seorang ibu.Yang dengar anak dia yang mulut banyak bercerita.Aku bercerita sambil kami makan kerepek bawang Cikgu Azlina sampai habis.Yang lepas tu Cikgu Azlina topup dan aku makan lagi.


*THE END OF MEMOIR #3*


Kalau nak dicatatkan disini segala kenangan antara aku dengan dia,Cikgu Nawiah guruku,sampai tahun depan tak habis.Tahun-tahun pertama aku meninggalkan sekolah,dia antara yang dirindui.Bila aku datang menziarah sekali tak sekala ke bumi Mersing,dia antara yang aku tuju dahulu sebelum yang lainnya.Kenapa?Aku pilih kasih antara guru?


Tak.Cuma aku punya kisah.Aku punya cerita.Aku pernah terguris dan aku pernah makan hati.Tapi tiada satu yang berkenaan ada kaitannya dengan dia.Itu buat dia antara yang teristimewa.


Dia faham aku penat lebih dari kawan-kawan lain.Maka dia beri aku kerehatan yang istimewa sikit dari kawan-kawan lain.

Dia faham aku punya beban di fikiran dan perasaan lebih dari kawan-kawan lain,maka dia beri aku lebih perhatian untuk aku lebih meluahkan.

Dia faham aku punya banyak perkara nak diceritakan tapi aku pendam,maka dia beri aku lebih telinga agar dengannya aku mampu buka diri untuk untuk orang-orang sekeliling.


Dia ada itu,skill yang bukan boleh didapati dengan segulung ijazah atau pengiktirafan psikologi.Dia ada itu,kerana dia mampu melihat bukan hanya dari mata,tapi juga dari hati.Dia mampu lakukan itu pada aku,dan pada murid-muridnya yang lain ,kerana sekeping hatinya itu sangat lembut dan sensitif.Mampu merasa apa yang aku sembunyikan.Jauh dari orang ramai,tempiasnya keluar dimata dan dia mampu melihatnya.


Cikgu Nawiah Rosdi,

Saye doakan cikgu aman dan bahagia disisi Tuhan.Saye doakan segala kebaikan dan pengorbanan cikgu pada kami,anak-anak murid cikgu menjadi amal jariah yang memudahkan cikgu disana.Pertemuan terakhir kita,saya akan ingat sampai bila-bila.Lebih setengah tahun tak jumpa cikgu,nampaknya Tuhan aturkan itulah pertemuan kita yang terakhir.Saya akan ingat kata-kata cikgu yang terakhir itu.Selamanya,insyAllah selagi Tuhan memberi kemampuan saya untuk mengingat.


Al-fatihah ini saye kirimkan untuk cikgu.Dari jauh,tak mampu ke sana.Dan al-fatihah ini bukanlah yang pertama dan terakhir.Al-fatihah yang sama saye sedekahkan pahalanya kepada cikgu saat keputusan PMR dan SPM keluar.Al-fatihah yang sama sewaktu saya dapat UPU masuk UIA.Al-fatihah yang sama saat saya dapat rezeki rentetan dari ilmu yang cikgu beri.Dan insyALLAH,al-fatihah yang sama untuk cikgu selagi hayat ini ada,selagi nadi masih berdenyut.Redha cikgu saya pohon dan cikgu dengan lapang dada telah meredhakan saye,terima kasih.


Semoga Cikgu Nawiah Rosdi ditempatkan bersama orang-orang beriman dan soleh.

Al-Fatihah

Comments

Hiromi Ichiban said…
salam intan

innalillahi wa inna ilaihi raji'un. aku baru je tau hal ni kalu ko n cikgu muhaidzar x post.

xde sorg pun mesej aku...

Moga Allah permudahkan...Al-Fatihah

Popular posts from this blog

Notis mintak tolong!

Love is a hard work