Love is a hard work

Pernah tak kalau kita pergi mana-mana khususnya di tempat baru, akan jumpa sesetengah orang yang on the spot kita rasa senang dengan dia. Kalau bukan on the spot pun, tak lama akan get along jugak dengan dia. Ada sejenis orang yang kita rasa dia 'cold', dingin. Aura dia buat kita macam susah nak 'click'. Dia bukan lah jahat or orang tak baik, tapi memang sejenis orang yang makan masa untuk ngam, kena usaha lebih, kerja kuat sikit. 

Pada pendapat aku, memang manusia tu secara amnya duduk bawah dua kategori tu:

1) Duduk bersila tak buat apa pun orang dah sayang
2) Duduk bersila tak buat apa pun orang tak suka

Kategori 1:
Allah kurniakan aku begitu ramai orang-orang kategori 1 ni dalam hidup aku. Sejenis yang baik, baik dia yang kalau kau tanya sesiapa pun, orang akan kata dia tu baik. Iem & Radhi dua-dua kawan baik dunia akhirat aku yang Allah hantar dalam 2 fasa kehidupan aku yang berbeza. Baik tu bukan makna diorang jenis tak berdosa, ulamak gamaknya.. Tapi baik yang dalam lingkungan kehidupan kami semua setuju Iem tu baik; lingkungan kehidupan kami yang lagi satu semua pun setuju yang Radhi tu baik.

Iem terlalu sayang dan kisah pada semua orang, aku rasa jiwa dia besar benua amerika: tu je alasan paling utuh untuk seorang manusia tak tinggi mana tak besar mana macam Iem tu berkeupayaan untuk sayang semua orang. Sesiapa yang rapat dengan orang yang rapat dengan dia pun boleh jatuh sayang. Tak payah pegi jauh, mak aku tu kalau diberi piliham, mungkin dia nak Iem jadi anak dia. Dia punya sayang kat Iem tu.

Radhi is the force of nature. Dia punya vibes of positivity spreads like tumor, just in positive way. Dia ada keupayaan menjadikan sesuatu perkara, isu atau manusia dari yang teruk tak ada harapan, bangkit jadi yang baik. Kak Petem penah cakap, "Radhi ni Allah kirim untuk jadi kawan awak pada waktu awak yang terpaling lemah. Look at her. Tunggul pokok mati pun kalau dia sentuh dia siram, akan tumbuh semula. Dia kekuatan awak untuk istiqamah dalam masa nak berubah. " Macam tu punya perlambangan, korang boleh bayang tak Radhi tu punya semangat menghidupkan tu macam mana? Hahahahahahaha.

Some how I think its true, memang dua sahabat aku ni lah yang beri aku kekuatan bila ada musibah. Mungkin doa yang aku minta supaya aku diberi kekuatan, datangnya dari dua insan ini. Alhamdulillah.

Kategori 2:
Yang jatuh kategori 2 itu, aku. Aku tak suka nak rapat-rapat dengan orang especially kat tempat baru. Sebab, satu, memang aku socially awkward punya manusia. Apa aku cakap & apa aku buat akan jatuh pada dua kemungkinan: 1)orang salah faham; 2) orang tak faham. Dan aku orangnya memang tak pandai berkata-kata madah bicara. Kat asrama dulu warden suruh aku pujuk budak nangis homesick pun end up budak tu melalak lagi kuat sampai kena balik rumah.

I am not good with: 1)words & 2)feelings. Dua faktor utama yang mempertautkan hati manusia dengan kasih dan sayang dna peduli dan yang sebagainya itu aku memang tak pandai. I'm blunt. My words hurt people, my facial expressions like I don't care and I'm not sensitive towards people's feelings. That, ladies and gentlemen, why people tend to hate me.

Aku dengan aku punya handicap, menjadikan aku seorang yang susah untuk orang sayang, tapi amat mudah untuk dibenci. Aku stray dog. Memang dah buruk, tak cute, bau busuk, banyak kutu, tak mandi, bulu tak cantik. Paling-paling pun orang kesian. And love for me, is a heavy thing. Benda yang susah. Benda yang berat. Benda yang mana, kalau ikut aku yang memang malas nak menyusahkan diri, aku tak buat. I don't love as a hobby.

As much as I like to care & I like to love, I couldn't make it. Mungkin betul orang kata, hati yang ada kasih sayang akan dikasihi & disayangi. I spent my whole teenage and young adult life to break the code. My own code. So people can understand me, so they can come and love me. I don't understand me, not until I'm 25.

Aku tak faham macam mana orang boleh duduk saja-saja tapi Allah hantar orang yang sayang dia poppp depan mata. I lost love of my life because I don't know me. Tapi sampai bila nak menyesal benda lama? I should improve & progress. Then I come to the conclusion that I'm the Category 2 kind of people. I am a hard work. Those who want to love me need extra effort to do that. 

Seperti mana orang-orang yang berjiwa besar jadi sahabat baik aku, orang yang mencintai aku juga seorang yang berjiwa besar. And now I know my worth and I thanked Allah for my husband and my child.

Bagi yang rasa anda tak layak mencintai, just know that you worth it. You worth the hard work. 💖

Comments

Popular posts from this blog

After A Year and A Month

Macam Mimpi