bukan aku pemutus kata

tak kira macam mana aku mencari,
bukan aku yang tentukan
susah atau mudahnya satu pencarian.

tak kira berapa ramai aku dampingi,
bukan aku yang tetapkan
aku diterima atau ditapis keluar.

tak kira apa yang aku cuba,
bukan aku yang putuskan
dapatkah tidak capai keputusan.

aku cukup tahu sukarnya berbicara dengan sang pemutus kata.belum terbukti,belum bersaksi,dah punya pandangan transisi.hebat! cool gila kau tau kalau kau..,kalau ikut skema bahasa Intan si pujangga gila.

gunalah apa bahasa atau apa kosa kata
lekatkan aku dengan tag dan label
kalau yang aku tayang muka selamba,terus ke depan
jangan kau pula makan dalam.

aku syukur pada Tuhan.diciptakan Intan ini seorang yang bulat kata hati,berani untuk berbeza.aku syukur kerana sekurang-kurangnya idea aku bukan plastik,yang kau recycle entah dari mana.at least,i have advantage.you've far underestimate me.cool..na?


aku doa,tunggu masa dan ketika,terangkat hijab antara kita.pudar dimakan hari garis pemisah.sebenar,aku dan kau sama saja.cuma kau datang ke depan berkerusi roda,aku berkasut roda.

kita sama kan?
=)

Comments

Popular posts from this blog

Love is a hard work

Indahnya bahasa bila dengan spongebob..=)