OMG! SHE'S BACK!!!!!!

Salam all.

Setahun lebih kurang aku tak menulis, langsung tak jengah blog ni.. Ape khabar kawan? besa dah sekarang nampaknye? XD

Masa aku hiatus setahun, ramai yang tanya..kenape lama tak update blog? ade masalah ape? ape kesssss kau si blogger tegar tetiba main hilang-hilang bagai...tak lawak langsung ok?

Ghitttooww katenye... takut deh aku nak jawab, gaye dah kene tahan dengan Interpol dah korang ni..
Ok to make it short, aku step back sebentar (ohhhh sebentarnyeeee setahun, kata Jojie) sebab dalam masa setahun lepas aku ditahun akhir, tahun paling banyak dugaan, paling seksa jiwa raga dan perlu betul-betul fokus,perlu sejauh mungkin menjarakkan diri dari element-element yang membuatkan jiwa makin weak. dan salah satunya, bercerita pasal aku. Bila seorang yang introvert nak buat lagak blog ni tak de sapa baca...memang nak kenel tekel kepala, an!

sebab lainnya, aku bagi ruang dan peluang diri sendiri untuk refleks diri. Sebelum setahun hiatus itu berlaku, ade series of unfortunate events telah berlaku pada aku. Aku tak nak lemah mengadu kat blog, macam selalu-selalu aku suka bercerita  kan? aku kena settle those thing manly. ehh silap..womenly.. (apekahh???!!)
So now i'm back...hopefully, word atas ni bukan saje nak propa bagaii..InsyaAllah.Intan kembali menjadi seorang Intan. Dengan cara dia bercerita, dengan cara dia melontarkan apa difikiran. Dan cuba, sedaya Tuhan bagi daya, untuk jadi manusia lebih produktif.

ANNUAL REPORT
ohh...hebat sep mung nih.. 
ok la, topup setahun punya update, aku kene ringkaskan lah ye? 

Insya Allah, intan dah tamat B.Sc in Architectural Studies a.k.a Part I dan bakal bergraduasi pada bulan Oktober tahun ini insya Allah.. Dan planning nye selepas ni nak sambung MArch a.k.a Part II di salahsatu universiti tempatan pada bulan Februari, insya Allah. Ada aral yang melintang membujur dan membulat membuatkan aku perlu keras hati, tegar diri memandang sepi, offer letter Master of Science in Architectural Studies dari University of Adelaide itu. Its ok An..Allah lagi tahu dari kau..

ok...so dah tau aku nak grad, korang boleh la start collect limehengget sorang tiap-tiap minggu pasal aku tak nak bunga, aku nak teddy bear yang lagi besar dari aku jadi hadiah time convo...boleh?
boleh la...boleh la... susah kot aku blaja archi! XD


Dan hari tu, masa final short sem..aku pegi CHINA! Xi'an to be exact..15 hari kembara di bumi Cheng Ho..Dan aku pun explore gaya Tun Teja,owh cool gila bumi Tuhan yang satu tu! Final sem tu, aku ada satu subjek nama dia Heritage Studies yang mana kena pegi field trip untuk kaji bangunan lama yang usia lebih dari 90 tahun dan dokumenkan segala pasal bangunan tu. Kat Xi'an tu study satu masjid lama nama dia Bei Guangji Jie yang dah berusia 400 tahun...kau cool gila kan? Maka, sepuluh hari kitorang berkampung kat masjid tu buat measurement, case study, report dan multimedia documentation. Sep2 berat punye keje la kan..tapi enjoy! lagi satu, masjid tu letak dalam Muslim Street yang mana, walaupun kitorang kat sana macam Donald Duck dengan Pluto bercakap, orang-orang kat sana layan kitorang dengan sangat ramah dan best skali! Tok siak masjid tu la yang paling aku rindu..muka otai tapi baik hati! hari-hari potong tembikai nan lazat bagi kat kitorang yang tersidai lepas zohor time awal musim panas tu.

Next, aku dalam masa nak buat satu blog sisipan, yang kandungannya berupa cerita-cerita yang aku tulis, sepanjang kehidupan aku sebagai student archi Part I (hadooo...) ni. Cerita pun tak cerita sangat kot? Sebab aku yang mempunyai selective photographic memory ni selalunya akan ingat something dalam bentuk movie black n white tanpa suara, faham? so, in term aku nak ingat semua benda-benda bermakna best ataupun tak best, aku akan jotted down ANYWHERE, selahi namanya properties aku..

Contoh: lecture notes, sketchbook, butter paper, exam paper (tengah jawab exam and nak kosongkan kepala dari benda xpatut), bed sheet, seluar khakis, beg, meja tulis kat bilik, drafting table kat studio.....dan macam-macam lagi la tempat aku selalu berada. Ini sebenarnya salah satu inisiatif GILA kawan baik aku kat UIA tu yang nama dia Radhi. Dia perasan yang aku ni, kalau ade benda kacau jiwa,kacau kepala, aku akan tulis dan terus 'bercerita' dengan pensel/pen atas permukaan yang tercapai. Aku pun baru tau, yang selama 3 tahun aku kat UIA ni, ada 'stalker' hebat yang menghimpunkan segala jenis 'cerita' yang aku sepah-sepahkan itu. Dia kata boleh buat novel. Dia kata juga..

"kau susun la balik..aku tak tau mana jadi dulu, mana jadi kemudian. kau pun satu..bukannya nak tulis nombor!"

hahaha.jangan kata aku pelik...tolong. kawan aku yang ni, lagi pelik! tapi, aku sayang kawan aku ni. huhuhu~ so..yang tu aku akan maklumkan kemudian bila aku dah start letak kejadian-kejadian itu ikut susunan dalam blog lain,ok?

Lagi update ape ye.......ntah la aku tak tau nak cerita apa lagi...so dibuka sebarang pertanyaan di kotak komen post ini.terima kasih!

p/s: Intan penipu gila-dosa-besar-masuk neraka kalau kata tak rindu langsung nak membebel gaya freestyler macam ni tau!

Comments

Popular posts from this blog

Love is a hard work

Indahnya bahasa bila dengan spongebob..=)