Friday, July 1, 2011

wanita & rumah

aku sering ditanya..

"kenapa kau kerap di keluar dari tinggal tetap dirumah?"

"kalau dirumah boleh menjana otak aku berfikir,ada bahan untuk aku mengkaji dan ada sumber ilmu baru untuk aku boleh pelajari,konfem,aku tetap di rumah."

"......"

aku ada abang.bukannya seorang.dan mereka lebih suka perempuan duduk dirumah.sebab dari zaman dulu kala perempuan itu lebih baik dirumah.nabi juga kata perempuan lebih afdhal solat dirumah dari ke masjid.perempuan elok di rumah untuk elak fitnah.perempuan bagus di rumah uruskan hal rumah tangga.

betul.sikit pun aku tak rasa salah.

persoalannya disini,macam mana perempuan-perempuan zaman nabi yang tetap tinggalnya dirumah,cekap uruskan hal rumah tangga, boleh menjadi cerdas dan arif.menguasai ilmu dan ada kepintaran,akal yang tajam.kalau diletak Aisyah Humaira' sebelah wanita-wanita 'rumah' sekeliling kita ni macam langit dan bumi.

perempuan-perempuan rumah zaman kita sering dikaitkan dengan kurangnya kebolehan dan kemahiran yang boleh digunakan diluar rumah.maka jadilah perempuan-perempuan kita 'katak bawah tempurung'.

akal aku kata satu.

dulu lelaki-lelakinya bawa pulang bahan ke rumah.ilmu pengetahuan dikongsikan dirumah.disebarkan ke rumah.macam juga adik iparnya umar al-khattab bawa balik mushaf ke rumah maka Islamlah seisi rumahnya.

maka,aku tak kisah jika satu masa nanti aku kena tetap dirumah.cumanya aku menuntut nafkah ilmu dari yang memberi arahan.satu keperluan buat aku,aku rasa.

memandangkan aku bukanlah wanita yang suka duduk diam setempat.bukannya suka duduk senyap kalau tak tahu apa yang berlaku.bukan juga wanita yang petah buat benda yang sama ulang-ulang-ulang-ulang kali tanpa rasa jemu.

No comments:

.another day of Allah's mercy.

Lilypie Kids Birthday tickers